Makanan Korea semakin popular di sekitar Puchong sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Daripada Korean BBQ dan ramyeon pedas hinggalah ayam goreng Korea serta stew yang comforting, kini terdapat banyak restoran Korea di Puchong yang menarik perhatian keluarga mahupun golongan muda.
Ada restoran yang meriah dan sesuai untuk makan berkumpulan, manakala ada juga yang menawarkan suasana lebih cozy untuk makan santai atau memenuhi craving lewat malam. Bagi saya, makanan Korea memang antara jenis hidangan yang paling seronok dinikmati bersama-sama di sekeliling meja.
Dalam senarai ini, saya kongsikan beberapa restoran Korea di Puchong yang menarik perhatian saya dari segi makanan, suasana dan pengalaman menjamu selera secara keseluruhan.
Top 1 : HelloPan Korean Sizzling Hot Pan
HelloPan Korean Sizzling Hot Pan merupakan sebuah restoran Korea autentik di Bandar Puteri Puchong yang terkenal dengan hidangan hot plate berdesis. Restoran ini dikenali dengan suasana yang meriah dan cozy serta hidangan dalam portion yang besar, menjadikannya lokasi popular untuk makan bersama keluarga dan berkumpulan.
Address : GF-02, Ground Floor, Tower, 1 @ PFCC, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri, 47150 Puchong, Selangor.
Phone : 03-8051 4908
Operation Hour: Monday – Thursday:11:00 AM – 3:00 PM, 5:00 PM – 10:00 PM
Wednesday : 11:00 AM – 10:00 PM
Friday – Sunday : 11:00 AM – 3:00 PM, 5:00 PM – 11:00 PM
Top 2 : Hwa Lyuk Korean Grill Restaurant Puchong
Hwa Lyuk Korean Grill Restaurant di Puchong merupakan sebuah restoran barbeku Korea tidak halal yang terkenal dengan pengalaman memanggang menggunakan arang secara autentik dalam suasana yang luas dan bersih.
Address : First Floor, 2, Jalan Puteri 2/2, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
Phone : 017-642 9700
Operation Hour : 11:00 AM – 10:00 PM
Top 3 : Jangsajang Deopbap - IOI Mall Puchong
Jangsajang Deopbap merupakan sebuah restoran Korea santai di IOI Mall Puchong yang khusus dalam hidangan deopbap autentik (nasi mangkuk Korea). Ia merupakan cawangan ketiga jenama ini di Malaysia dan terkenal dengan sos perapan signature mereka iaitu Ganjang (kicap soya) dan Gochujang (cili).
Address : EF20-21, First Floor, IOI Mall, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.
Phone : 012-448 7220
Operating Hours : 10:00 AM – 10:00 PM
Top 4 : Jinjak Chikin @ Hero Market Bandar Puteri Puchong
Jinjak Chikin @ Hero Market Bandar Puteri Puchong merupakan sebuah restoran santai mesra halal yang terkenal dengan hidangan ayam goreng Korea dan masakan fusion Barat. Terletak di tingkat bawah Hero Market (Lot GFK-02B), restoran ini dikenali dengan ayam goreng rangup signature mereka serta set kombo bersaiz keluarga.
Address : Hero Market, GFK02B, 49, Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor.
Phone : 018-234 1368
Operating Hours : Monday – Friday : 11:00 AM – 10:00 PM
Saturday & Sunday : 10:00 AM – 10:00 PM